Tuesday, December 4, 2007

Banana Split


Oh menyusahkan betul! Kalaulah pertolongan saudari Yin Xian diberi pada kes ini, sudah tentu saya tidak akan berada di sini, memblogging dengan bodohnya. Tidak mengapa! Kerana saya tahu semuanya boleh 'sap sap sui' punya.

I've been reading Kenangan2 Seorang Geisha. I read it faster in BM. Not planning to re-read the thing in English. Very emo lah when it's in BM.

Amatlah memanaskan cuaca hari ini. Jika saudari mempunyai masalah dengan kata-kataku yang jujur, silakan saudari menghembus nafas dengan perlahan-lahan agar segala kekusutan di minda saudari dapat dihilangkan.

Dan jika saudari Nana sedang membaca, saya amatlah berterima kasih jika saudari boleh meninggalkan 'link' saudari di chatbox saya agar saya dapat me'link' balik kepada blog saudari.

Pada pendapat saya, blog saudari Su Ling amatlah menarik untuk dibaca kerana ia serupa dengan diari seseorang remaja. Kadang kala post-postnya begitu kelakar sehingga saya ketawa lebih daripada blog Kenny Sia.

No comments: